Thursday 15 September 2011

KERANA KAU BERNAMA LELAKI (ep.4)

"Ya, benar. aku tidak silap. Lelaki yg masih memeluk ku inilah Fareez. yg bermata sepet mcm pelakon Korea. berkening tebal..ada tahi lalat di sebelah rusuk kiri..dan bekas parut di di kepak belakang akibat ditoreh ketika berlagak samseng Sentul! Bersuara serak basah..Ya kaulah Fareez lelaki yg asalnya ku anggap Dajjal dan tunjuk langsi di sebuah restoran mamak setahun lalu..aku pasti kaulah lelaki itu..."
- boy far3ast -
 -------------------------------------------------------------------------------
Episod 3: Budak Setan


Wey bahalol! Slamber mak lu duduk tempat gua! Sal lu langsi sangat hah?! Lu tak nampak ke wa duk sini tadi..? Syal lu ni..blah!!
jantung aku berkocak kencang..peluh lelaki ku menitis dari dahi menuruni pipiku..mata aku seakan berpinar..tak nampak tubuh di hadapan ku yg menghamburkan kata-kata kasar itu.."Salah ke ape aku buat ni..aku just duduk. Macam biasale kalau suk kedai mamak..pahal mamat ni tetiba nk memekak tengahari buta ni.." getus hatiku- sangsi.marah.malu.semua bercampur saat itu..ku lihat semua mata memandang 90 darjah tepat ke arahku! ada yg kelihatan pelik. ada yg mengumit mulut entah berkata apa. ada yg memandang aku mcm aku mintak duit dari diorang! Semuanya pasal si jantan jahanam ni..apsal macam perempuan bersalin mati laki ni..tiba-tiba meroyan maki aku!

apa salah aku bro?..dah aku tengok kerusi ni kosong, duduk la..lagipun bile masa plak ko duk sini! xpayahla nk maki-maki..! wey aku bukan bodoh cam kau ar!

aku berlalu pergi. ku capai beg hitam dari converse.hadiah kakak angkat ku ketika di sebuah sekolah di Melaka dulu. mulut aku mengumit. ntah ape yg aku sebutkan.aku sendiri pun tak jelas. kecuali dada ini terasa begitu bahangnya.membuak-buak api nak keluar rasanya. hatiku panas.panas dengan kelangsian mamat bodoh. bodoh sebab maki hamun aku kerana duduk di kerusi yg kosong itu. argh pedulikan sape dia! tapi aku betul-betul malu..malu glew! persetankan si bahalol itu..

aku menyeluk poket seluar.kosong.ku seluk sebelah kiri.hanya ade baki chewing gum. Huh, sah. kunci 125z aku mang ade atas meja restoran mamak tadi! pantas aku berlari semula ke meja tadi. kali ini aku tak hiraukan mata yg memandang.rasa ingin sekali aku cungkil mata sorang demi sorang! biar diorang buta..puas hati aku! Nah, benar sekali. kelihatan jelas keychain sekolah ku yg bewarna kuning itu atas meja si bahalol tu. aku mengira-mengira caranya untuk mengambil kunci motorku. dalam detik saat yang singkat itu. aku melihat si mamat bahalol tadi. sedang menonggekkan tin minuman ke mulutnya. dan di sebelahnya. entah perempuan mana yang dikutip. rambut kerinting bibir juih. hanya harapkan nasi lemak yg besar, selain dari itu semuanya hancus! aku memberanikan diri menuju meja itu..argh lantak la apa nk jadik..

oooi sal hang ni?! syal lu depan wa brani lu nk copet beg awek gua! mang lu nih carik nahass!!

dbukk! belum sempat aku membalas suara itu, terasa amat senak menujah perutku. perut yang dari pagi tadi belum diisi sebarang makanan..kini ditambah pula dengan tumbukan padu betul-betul mengenai pusatku! aduh senak sekali..mataku terpejam menahan bisa tumbukan itu..aku cuba membuka mata dalam kepedihan itu. dbuk!! dbuk!! berkali-kali perutku kini dihayun dengan kuat sekali oleh genggaman mamat jahanam tadi..
aku cuba menahan pedih.senak itu..ternyata aku terlalu lemah. Nah, sekarang lutut ku mula lemah dan rebah..

adik..adik..bangun dik..kita nak mula suntik antibiotik..antibiotik ni sakit sikit ya..cuba tahan..kita gunakan alat ni supaya adik xtrlalu sakit..dalam 1 jam mcmtu semua antibiotik akan masuk ya..tahan dik ya..


 aku membuka mata yg terasa amat berat ini..dalam samar-samar..kelihatan dua wanita memakai tudung dan baju seragam hijau muda sedang berada di depan ku..antara dengan dengan tidak apa yang diperkatakan, aku menggagahkan diri bangun dari baringan itu..sah.benarlah aku kini di hospital..bau yg menusuk di hidungku ini begitu aku kenal sekali. ketika mak terlantar di wad dulu, akulah yang menjaga dan menemaninya. dan kali ini bauan yang sama itulah juga aku kecapi..ku lihat tiada apa yg luka di tubuhku.. cuma hidungku terasa agak pedih..ya, ada sedikit kerak-kerak kehitaman. mungkin darah pernah keluar dari hidungku tadi..ohhh perut ini terasa senak juga. bila aku cuba menekan balutan yg menambat di pinggangku, terasa semacam lebam..apa yg dah berlaku pd aku sebenarnya?..kenapa aku berada di sini? mataku terus melihat salur yang disambungkan ke atas tanganku..satu salurnya terus ke atas.ya itulah air yang dimasukkan di tubuhku.dan satu lagi salur halus melintang bersambung terus dengan satu mesin. di mesin itulah kelihatan picagari sebesar ibu jari kakiku..emm ini mungkin antibiotik yg diperkatakan oleh jururawat sebentar tadi..benarlah terasa pijar.perit dan agak memilukan di tangan ku ini..mungkin penangan antibiotik itu..bisik hatiku..kepala ini masih berat..aku cuba mengingatkan apa yg sebenarnya berlaku..tapi..semuanyab gagal..yg aku ingat hanyalah saat si Jahanam itu menumbuk-numbuk perutku..dan kemudiannya lututku terasa begitu lemah...

Adik..ini makan tengahari ya..kalau adik nk solat, tekan butang di tepi tu, nanti ada jururawat akan bantu ya..Doktor akan datang dalam jam 2.30 nanti. Mungkin adik dibenarkan keluar kalau suhu badan kekal bawah 37 ya..tapi itu akak xpasti sangat..nanti biar doktor yang bincang ya... 



"Terima kasih kak..emm sejak bila saya di sini ya? sapa yang hantar kak?" - aku bertanya pada jururawat itu.tertulis di name tagnya "Juriah". Perutku mula terasa lapar..ditambah tusukan bau ayam yang dimasak tomyam dan nasi dihidangkan tadi..ade sepotong tembikai susu diletakkan sekali..aku menanti jawapan dia. Ku lihat tangannya sedang membetul-betulkan mesin di mana picagari itu diletakkan..


inilah lelaki 'jahanam' itu...aku tahu kau menyayangi diri ini..

(sambungan di ep.5)












No comments:

Post a Comment